Jumaat, 13 September 2013

Semangat petriotisme penting kepada semua warganegara ini.Oleh yang demikian,pelbagai cara dapat dilakukan oleh warganegara  untuk menunjukkan semangat tersebut.Bincangkan.

-Tugasan soalan.Kepentingan dan cara menunjukkan semangat tersebut.
-Formasi.2,3.

Pendahuluan

Semangat petriotisme merupakan perasaan cinta  akan negara dan rela berkorban demi mempertahankannya.

Isi-isi penting

A.Kepentingan.
 1.Menjamin kedaulatan negara.
   -Rakyat mesti bersatu padu.
   -Supaya dapat mempertahankan dari pencerobohan musuh.
   -Dapat memastikan kedaulatan negara tidak tergugat dan negara lain akan menghormati negara kita.
 2.Untuk menunjukkan kesetian kepada  negara.
   -Menunjukkan taat setia tidak berbelah bagi kepada raja dan negara.
   -Mendorong seseorang akan berkorban apa jua untuk negara sama ada nyawa atau harta.
   -Memberi gambaran pozitif di peringkat antarabangsa.
B.Cara atau langkah 
 3.Melalui pendidikan .
   -Melalui mata pelajaran sejarah,pendidikan moral,sivik,dan kewarganegaraan.
   -Penekanan kepada pengorbanan serta sumbangan tokoh negarawan.
   -Semangat petriotik dalam kalangan generasi muda dapat dipupuk malalui penekanan ini.
 4.Mengibarkan jalur gemilang.
   -Mengibarkan jalur gemilang di premis-premis,bangunan kerajaan,dan sekolah-sekolah.
   -Mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan.
   -Memastikan bendera dikawasan yang terbuka.
 5.Menyertai program petriotik.
   -Program yang dianjurkan oleh pihak swasta atau NGO dan kerajaan.
   -Pengisian progarm ini memberi kesan kepada generasi muda.
   -Mengadakan kempen,seminar,kuiz,dan peraduan-peraduan.

Penutup

Semangat petriotisme adalah penting untuk sesebuah negara.

 Program Pembelajaran Sepanjang Hayat [PSH] merupakan agenda utama negara dalam Pembangunan Modal Insan.Jelaskan kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk merealisasikan program ini.

-Tugasan soalan.Kepentingan dan langkah
-Formasi.3,2

Pendahuluan

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat merupkan agenda utama negara dalam Pembangunan Modal Insan.

Isi-isi penting

A.Kepentingan
 1.Memenuhi keperluan guna tenaga.
   -Proses pembangunan negara memerlukan lebih banyak tenaga kerja.
   -Tenaga kerja mahir dan separa mahir diperlukan untuk mengisi keperluan di pelbagai sektor ekonomi.
   -Menjadikan individu berkemahiran sekurang-kurangnya mempunyai sijil kemahiran untuk melangkah ke alam pekerjaan.
 2.Mewujudkan kesaksamaan sosial dan struktur masyarakat.
   -PSH disebarkan luas bukan sahaja di bandar tetapi juga luar bandar.
   -Kolej-kolej komuniti dan pusat-pusat latihan kemahiran menerima pelajar tanpa mengira umur,jantina,dan tempatr tinggal.
   -Kolej dan institusi latihan kemahiran menawarkan kursus-kursus yang dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat.
 3.Melahirkan modal insan berkualiti.
   -Membolehkan generasi muda atau tua mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih.
   -Berpeluang belajar kursus-kursus yang mereka minati dalam jangka masa pendek.
   -Memperkaya minda melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran.
B.Langkah.
 4.Meningkatkan kemudahan ICT.
   -Memperluaskan jaringan IT,internet,dan kemudahan ICT.
   -Maklumat dan isi pembelajaran dapat disampaikan melalui blog dan laman sosial.
   -Kemahiran penggunaan komputer atau bahan dikemaskini.
 5.Menambahkan institusi atau pusat-pusat pengajian.
   -Penubuhan lebih banyak pusat kemahiran dan pengajian di seluruh negara.
   -Lebih ramai pelajar boleh melanjutkan pelajaran.
   -IPT seperti Open Universiti Malaysia dan Universiti Wawasan diperbanyakkan untuk memberi peluang melanjutkan
    pelajaran kepada individu bekerja.

Penutup 

Pihak kerajaan haruslah berusaha untuk merealisasikan program ini.
    

 Masalah perhubungan songsang  antara jantina menyebabkan wujudnya golongan pengkid dan golongan gay.Bincangkan implikasi perhubungan songsang antara jantina dalam konteks negara kita Malaysia.

-Tugasan solan.Implikasi perhubungan songsang.
-Formasi 5,0.

Pendahuluan

Masalah hubungan songsang dalam kalangan masyarakat kini makin menjad-jadi.Perkara ini amat bertentangan dengan ajaran agama.

Isi-isi penting

A.Implikasi perhubungan songsang.
 1.Menghadapi implikasi kekeliruan jantina .
   -Hubungan songsang antara jantina menunjukkan wujudnya kekeliruan tentang fungsi jantina seseorang.
   -Golongan lelaki dan perempuan masing-masing tidak mengetahui ciri-ciri seorang lelaki dan perempuan.
   -Golongan lelaki terutama gay menganggap hubungan intim dengan lelaki lain memberi kepuasan dan dapat berhubung dengan 
     lebih mendalam.
   -Golongan perempuan terutama pengkid menganggap diri mereka sebagai perkasa yang mampu menyara dan melindungi  
     wanita lain.
 2.Menjejaskan nama kelurga.
   -Hubungan songsang dapat menjejaskan nama baik kelurga.
   -Apabila berlaku insiden kemesraan lelaki sesama lelaki menjadi gosip .
   -Masyarakat keliling akan mengaitkan ibu bapa.
   -Ahli kelurga mendapat malu.
 3.Wujud msayarakat sosial songsang.
   -Apabila terdapatnya banyak golongan pengkid dan gay ,maka wujudnya satu kelompok masyarakat dalam kalangan mereka.
   -Mereka akan hidup dalam dunia yang berbeza berbanding masyarakat biasa.
   -Mereka berkomunikasi dan tinggal bersama-sama dengan pasangan yang mempunyai cita rara yang sama.
4.Menjejaskan matlamat negara.
   -Wujudnya jantina yang mempunyai perhubungan songsang dapat menyebabkan matlamat negara untuk melahirkan  
    masyarakat produktif terjejas.
   -Pembangunan negara tergugat apabila golongan ini terlibat dalam pemberian perkhidmatan seks.
   -Memburukkan nama negara di persada antarabangsa.
5.Memburukkan imej negara.
   -Negara akan dipandang rendah oleh negara lain.
   -Masyarakat juga akan dipandang hina oleh masyarakat negara luar.
   -Pemimpin negara juga akan menerima impak daripada situasi ini.

Penutup

Perhubungan songsang kini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan lelaki dan perempuan.Perlu dibendung supaya tidak berlaku masalah besar.

 Daya saing ialah kemampuan ekonomi untuk untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi secara berterusan dan hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.Walau bagaimanapun,terdapat juga kekangan yang menjejaskan daya saing negara kita.Bincangkan.

-Tugasan soalan.Faktor dan halangan daya saing.
-Formasi.2,3 atau 3,2.

Pendahuluan

Daya saing ialah kemampuan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi secara berterusan .

Isi-isi penting

A.Kepentingan atau faktor.
 1.Strategi ,struktur dan tingkat persaingan perusahaan.
   -Memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak swasta agar berdaya saing.
   -Kerajaan berperanan membantu pihak swasta dalam bentuk penggubalan dasar dan peraturan.
 2.Kepelbagaian sumber.
   -Tenaga kerja mahir dan separa mahir yang mencukupi serta berilmu pengetahuan.
   -Bahan mentah yang mencukupi dan berterusan.
   -infrastruktur lengkap dan berkapasiti tinggi mampu memenuhi permintaan.
   -Modal mencukupi sama ada pihak swasta mahupun kerajaan.
   -Ekonomi berteraskan pengetahuan.
B.Kekangan atau halangan.
 3.Kegawatan politik dalam dan luar negara.
   -Rusuhan,berlakunya rampasan kuasa,dan perang saudara.
   -Ketidakstabilan politik.
   -Aktiviti ekonmi terhenti dan kilang tidak beroperasi.
 4.Teknologi masih di tahap yang rendah.
   -Teknologi yang rendah menyebabakan pengeluaran terhad.
   -Masa kerja juga menjadi lebih panjang.
   -Pengeluaran sedikit.
 5.Sistem penyampaian lemah.
   -Adanya karenah birokrasi.
   -Tidak mesra pelanggang.
   -Lambat mengatasi masalah yang timbul.

Penutup

Daya saing adalah penting untuk pembangunan ekonomi negara.

 Kewujudan modal insan kelas berkualiti adalah prasyarat utama untuk menjadi sebuah negara maju.Menyedari hal ini Kerajaan Malaysia melalui RM ke 9 telah mensasarkan tentang pentingnya untuk kita melahirkan modal insan kelas pertama sebagai teras pembangunan negara dan mencapai wawasan 2020.Justeru,kerjasama daripada semua perlu untuk menjayakan matlamat ini.Bincangkan.

-Tugasan soalan.Kepentingan dan langkah modal insan kelas pertama.
-Formasi.2,3 atau 3,2

Pendahuluan

Modal insan kelas pertama ialah insan yang berkualiti dalam semua aspek dan telah menjadi agenda utama dalam RM Ke 9.Semua
pihak perlu memainkan peranan untuk menjayakan matlamat ini.

Isi-isi penting

A.Kepentingan
 1.Melahirkan insan yang berdaya saing.
   -Bersemangat kental.
   -Berani menghadapi cabaran.
   -Tidak mudah putus asa.
   -Bersedia menghadapi risiko dan masalah.
 2.Melahirkan insan yang beretika.
   -Penyayang ,bertolak ansur,berdisiplin.
   -Bekerjasama,saling menghormati.
   -Berjiwa murni yang penuh kasih sayang.
   -Memahami orang lain.
 3.Mempunyai jati diri.
   -Semangat patriotism yang positif.
   -Setia terhadap agama,bangsa,dan negara.
   -Sedia berkorban.
   -Sedia berkhidmat untuk negara bila tamat pengajian.
B.Langkah.
 4.Peranan kerajaan.
   -Dasar kerajaan-seperti pendidikan wajib,pendidikan sepanjang hayat,kawalan budaya,IPTA atau IPTS.
   -Kesihatan-seperti kawalan penyakit,nisbah perkhidmatan kesihatan dengan penduduk.
   -Prasarana kesihatan.
   -Khidmat nasihat.
 5.Ibu bapa atau keluarga.
   -Mewujudkan kelurga bahagia.
   -Memberi kasih sayang sepenuhnya.
   -Memberi pendidikan yang sempurna.
   -Didikan agama,kekuatan kerohanian,membentuk disiplin diri,maju dengan nilai yang baik.
   -Menjadi role model.

Penutup

Jelas sekali untuk menjadi sebuah Negara maju perlu diisi oleh modal insan kelas pertama dan untuk melahirkannya menjadi tanggunngjawab semua pihak.

 Terhakisnya nilai integriti di kalangan kakitngan awam telah menimbulkan kesan buruk terhadap sistem perkhidmatan awam.Pengukuhan terhadapnya adalah perlu supaya perkhidmatan awam menjadi lebih cekap dan berkesan.Bincangkan.

-Tugasan soalan.Kesan dan langkah
-Formasi.2,3 atau 3,2

Pendahuluan

Integriti bermaksud luhur akhlaknya.Hakisan integriti sebenarnya sudah menular ke dalam sektor awam dan akan melumpuhkan sistem  
perkhidmatan kerajaan.Satu tindakan yang padu perlu diambil supaya nilai integriti menjadi satu amalan di kalangan semua penjawat awam.

Isi-isi penting

A.Kesan.
 1.Bersikap sambil lewa.
   -Layanan kurang baik terhadap pelanggang.
   -Bersikap lepas tangan.
   -Kerja tidak mengikut peraturan.
 2.Menyalah gunakan kuasa dan kedudukan.
   -Menerima rasuah.
   -Tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak mengikut peraturan  atau cuai.
B.Langkah.
 3.Menghayati kempen kerajaan.
   -Kepimpinan  Melalui Teladan.
   -Bersih Cekap Amanah.
   -Senyum Selalu.
   -Peningkatyan kualiti.
 4.Mengurangkan karenah birokrasi.
   -Kurangkan pemeringkatan dalam prosedur kerja.
   -Kes diselesaikan dengan cepat.
   -Masa diperlukan lebih singkat.
   -Pelanggang tidak perlu menunggu lama.
 5.Penguatkuasaan undang-undang.
   -Mengenakan tindakan yang tegas.
   -Mengenakan hukuman yang lebih berat.
   -Sentiasa melakukan pemantauan.

Penutup

 Nilai integriti ialah satu nilai murni yang perlu disemaikan oleh semua kakitangan di sektor awam supaya mewujudkan perkhidmmatan sentiasa cekap dan berkualiti.

 Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta [IPTS] bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi Awam [IPTA].Bincangkan peranan [IPTS] dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

-Tugasan soalan. Peranan IPTS dan masalah yang mungkin timbul daripadanya.
-Formasi.3,2

Isi-isi penting

A.Peranan IPTS
 1.Menambahkan tempat untuk belajar.
   -Bilangan tempat di IPTA terhad.
   -Penubuhan IPTS membolehkan lebih ramai pelajar mengikuti kursus di peringkat pengajian tinggi.
   -Dengan adanya lebih banyak pilihan IPTS pelajar tidak perlu ke luar negara dan keadaan ini dapat menjimatkan tukaran wang asing.
 2.Tawaran kursus.
   -IPTS mempelbagaikan kursus-kursus profesional sementara IPTA menawarkan kursus berorientasikan akedemik.
   -Membantu menambah ramai tenaga mahir dalam pelbagai bidang.
 3.Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa.
   -Membantu IPTA memenuhi keperluan pendidikan ,tuntutan dan aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat pendidikan antarabangsa.
B.Masalah yang mungkin timbul.
 4.Kualiti belajar.
   -Pihak pengurusan yang mengutamakan keuntungan menyebabkan kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan terjejas.Contonya,
    mereka tidak mempunyai pengalaman dalam dunia pendidikan turut serta menceburkan diri dalam bidang tersebut.
   -Tenaga pengajar tidak cukup kelayakan dan pengalaman.
   -IPTS berusaha menarik seramai mungkin pelajar dan ada kalanya mereka berkompromi dengan meminimakan atau melonggarkan 
    syarat kemasukan.Hal ini boleh menjejaskan kualiti belajar.
 5.Penyediaan korikulum.
   -Tidak menyediakan korikulum seimbang.Contohnya,di IPTA pelajar diwajibkan mengambil kursus-kursus tertentu seperti kursus
     kenegaraan,sejarah dan tamadun.
   -IPTS kurang memberi perhatian kepada subjek seumpama itu terutama aspek petriotisme.