Program Pembelajaran Sepanjang Hayat [PSH] merupakan agenda utama negara dalam Pembangunan Modal Insan.Jelaskan kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk merealisasikan program ini.
-Tugasan soalan.Kepentingan dan langkah
-Formasi.3,2
Pendahuluan
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat merupkan agenda utama negara dalam Pembangunan Modal Insan.
Isi-isi penting
A.Kepentingan
1.Memenuhi keperluan guna tenaga.
-Proses pembangunan negara memerlukan lebih banyak tenaga kerja.
-Tenaga kerja mahir dan separa mahir diperlukan untuk mengisi keperluan di pelbagai sektor ekonomi.
-Menjadikan individu berkemahiran sekurang-kurangnya mempunyai sijil kemahiran untuk melangkah ke alam pekerjaan.
2.Mewujudkan kesaksamaan sosial dan struktur masyarakat.
-PSH disebarkan luas bukan sahaja di bandar tetapi juga luar bandar.
-Kolej-kolej komuniti dan pusat-pusat latihan kemahiran menerima pelajar tanpa mengira umur,jantina,dan tempatr tinggal.
-Kolej dan institusi latihan kemahiran menawarkan kursus-kursus yang dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat.
3.Melahirkan modal insan berkualiti.
-Membolehkan generasi muda atau tua mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih.
-Berpeluang belajar kursus-kursus yang mereka minati dalam jangka masa pendek.
-Memperkaya minda melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran.
B.Langkah.
4.Meningkatkan kemudahan ICT.
-Memperluaskan jaringan IT,internet,dan kemudahan ICT.
-Maklumat dan isi pembelajaran dapat disampaikan melalui blog dan laman sosial.
-Kemahiran penggunaan komputer atau bahan dikemaskini.
5.Menambahkan institusi atau pusat-pusat pengajian.
-Penubuhan lebih banyak pusat kemahiran dan pengajian di seluruh negara.
-Lebih ramai pelajar boleh melanjutkan pelajaran.
-IPT seperti Open Universiti Malaysia dan Universiti Wawasan diperbanyakkan untuk memberi peluang melanjutkan
pelajaran kepada individu bekerja.
Penutup
Pihak kerajaan haruslah berusaha untuk merealisasikan program ini.
ulasan yang trbaik serta medan yang tepat untk rujukan pengajian am
BalasPadamBagus. I like.
BalasPadam